Message of the Week

•30/08/2010 • Leave a Comment

Assalamualaikum wbt..

Setelah hampir 4 bulan tanpa sebarang update dri blog ni..tetiba mlm ni (sebenarnya lepas subuh..) rasa mcm nk update skit..nk letak semua edisi Message of the Week a.k.a MEOW keluaran kami di wellington ni…

update kali ni xnk tulis pnjng2..just nk kongsi MEOW edisi 2, 3 dan 4 kepada smua yg sudi membaca blog ni..semoga usaha kami yg kecil ni dpt membantu muslimin dan muslimat di luar sana..insyaAllah…

p/s: KLIK DI ATAS GAMBAR-GAMBAR UNTUK MEMBESARKAN SAIZ BACAAN.







MEOW edisi 2

MEOW edisi 2







MEOW edisi 3

MEOW edisi 3







MEOW edisi 4

MEOW edisi 4







Sebarang komen atau cadangan sila la kongsi disini..insyaAllah kami akan memberi perhatian di atas semua komen dan cadangan…

semoga semua mendapat manfaat dari usaha ini..insyaAllah.

yang tak boleh tido (huhu),

khairil @ kay

MEOW Edisi 1..Dapatkan segera!!

•13/05/2010 • 4 Comments
meow..meow..

meow..meow..

Assalamualaikum..

meow..meow..meow..bunyi kucing mana lak ni??? (haha..buat drama sebabak lak kt sini..haha)..

PERHATIAN!!

MEOW yg ni bukan la bunyi kucing yg mnja dan sengal2 ubi tu..dan bukan jugak bunyik Malinky n Silinky si kucing Ian, manager Everton Hall tu..ini la nama singkatan bagi satu bulletin keluaran krew iluvislam.com di bumi Wellington New Zealand nih..apa2 pn, apa itu MEOW???

MEOW adalah short form bgi MEssage Of the Week..cuba tgk betul2..klo gabungkn smua huruf2 besar tu jadi MEOW kn??? ye la..klo nk gabung semua huruf awal bgi setiap perkataan jdi MOTW la plak kn…euuuu…tak shweet..tak catchy..hahahaha..so jadikn MEOW nmpk catchy sket..hahahaha

ok la..psl bulletin ni, insyaAllah ianya akan dikeluarkan setiap  mggu atau 2 mggu sekali atau sebulan skali atau….semuanya mengikut pada tahap kesibukan masing2..dlm setiap bulletin, insyaAllah akan diletak sedikit artikel, sedikit hadis dan apa2 shja utk renungan kita semua..InsyaAllah klo diizinkn Allah…

setiap edisi bulletin akan diedarkan semampu yg boleh pada semua warga Islam Malaysia – Wellington..tapi klo ada yg xdpt tu, jgn la kecik hati..tgk2 la blog ni..insyaAllah setaip edisi akn dipostkn di blog ni utk org len download baca..

setakat tu je la buat kali ni..bz skrang..xleh update blog n tulis pnjang2..bz dgn test, esaimen n berbagai…so apa2 pn CLICK GAMBAR KAT BAWAH NI UTK ENLARGE & BACA MEOW…ala..dua muka surat je pon..atau klik kt perkataan MEOW – edisi 1 kt bwh tu n klo senang2, lawati la www.iluvislam.com utk artikel2 lain…

MEOW edisi 1

MEOW edisi 1

MEOW – edisi 1

sekadar itu..

wassalam…

yg tgh makan kopok,

khairil@kay :-p

[..Koleksi..]

•17/04/2010 • 2 Comments

Hari ni sgt letih..letih bekerja dan mcm2 lgi..bila letih, hati pn letih, mls nk study, mls nk mkn (mkn jugak sebenarnya), mls nk mndi..dan segala jenis mls pn ada…

tetiba teringat kt blog ni..dh lama xupdate..tpi xtau nk update apa..tpi nk update jugak..cmne nihh????…last2 aku decide nk update gak..nk letak koleksi citer2 lawak yg aku penah bca n aku simpan…utk post kali ni, aku letak 5 citer dh la..ada yg lawak, ada yg bangang..jadi layan je la..rasa cm bosan, xyah baca..hahaha..

—————————–

Jom Terjun!!

Jom Terjun!!


Dalam satu kejadian yg agak susah nak diterima akal, iaitu sebuah kapal terbang telah mengalami kerosakan enjin dan sedang menjunam hendak terhempas, terdapat 5 org penumpang di dalamnya tetapi beg parachute kecemasan hanya ada 4.

Berkata laa penumpang pertama, “Aku Lee Chong Wei. Malaysia perlukan aku. Kalau aku tadak, mcm mana nanti Malaysia nak menang All England lagi?”. Lalu dia mengambil beg pertama dan terus terjun.

Penumpang kedua pulak berkata, “Aku Hillary Clinton, bekas wanita pertama US. Aku seorang yg paling bercita2 tinggi dan aku juga senator New York. Aku juga berpotensi nak jadi seorang President”. Dia pula mengambil satu beg dan terus terjun.

Penumpang ketiga menyampuk, “Ahh… aku President US! George W. Bush. Aku ada tanggungjawab yg berat untuk menjaga sebuah negara yg kuat. Tambahan pula, akulah President yg terpandai dlm sejarah US. Org Amerika mana yg hendak melihat aku mati?”. Dia terus menyentap satu beg dan terus terjun.

Penumpang keempat, Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun, “Saya seorang Muslim dan saya berserah kpd Allah utk menentukan hidup dan mati saya. Adik ambillah beg parachute yg terakhir tu”.

Budak 10 tahun itu menjawap, “Jgn bimbang. Ada satu lagi beg parachute utk pakcik. President terpandai dalam sejarah US tu terambil beg sekolah saya!!!”.

—————————–

Deduksi

Deduksi

Jiran 1 : Wahh… baru pindah ke?
Jiran baru : Ah… ya. Saya baru pindah ke sini. Cantik ye kat sini.
Jiran 1 : Encik ni kerja apa?
Jiran baru : Oh… saya ni seorang professor di universiti. Saya mengajar Matametik dan Logik pasal deduksi.
Jiran 1 : Deduksi? Apakebendenye tu?
Jiran baru : OK. Mcm ni. Saya bagi satu contoh. Saya nampak ada rumah anjing kat belakang rumah encik. Dengan itu, saya dapat rumuskan yg encik ni bela anjing.
Jiran 1 : Ya, betul.
Jiran baru : Fakta tadi membawa saya merumuskan yg encik ini berkeluarga.
Jiran 1 : Huh… betul lagi.
Jiran baru : Dan fakta yg encik ni berkeluarga membolehkan saya merumuskan yg encik ini beristeri.
Jiran 1 : Tepat sekali.
Jiran baru: Itulah deduksi.

Petang itu…
Jiran 1 : Saya baru je bersembang dgn jiran sebelah… baru pindah.
Jiran 2 : Ooo… dia kerja apa?
Jiran 1 : Dia ni seorang professor, mengajar deduksi.
Jiran 2 : Apa tu??
Jiran 1 : OK, saya bagi contoh. Awak ada anjing kat rumah?
Jiran 2 : Tak.
Jiran 1 : Aishehman…

—————————–

Bodoh

Bodoh

Dua org bos besar sedang lepak2 sambil minum kopi di Coffee Bean. Bos sorang ni berkata, “Hey, awak nak tahu, saya punya driver punya laa bodoh. Kalau tak percaya, sekejap saya panggil dia”. Dia memanggil driver dia dan berkata,”Ah Beng… awak amik ini RM10, pergi kat showroom dan belikan saya Porche 911 Turbo”. Ah Beng jawab,”Yes sir! Orait!!” dan terus bergegas ke showroom kereta.

Bos yg satu lagi pulak berkata,”Ohh.. tu ok lagi. Saya punya driver lagi bodoh. Leman!, meh sini kejap!!”. Leman berlari ke bosnya. “Apahal tuan?”.

Bosnya berkata, “Awak pegi balik rumah, check sama ada saya ada di rumah atau tidak”. Leman jawab, “Orait tuan!!”, lalu bergegas balik ke rumah bosnya. Bosnya berkata kpd bos satu lagi, “Tengok! Si Leman ni mmg bengap nak mampos. Dah tau saya kat sini, takkan laa dia tak boleh fikir yg saya ni ada di rumah ke tidak. Hahaha…”.

Petang itu, bertemu laa dua org driver tadi. Si Ah Beng berkata,”Lu tau ka, gua punya bos aa… maaaaanyak bodoh laa. Dia kasi sama gua sepuluh ringgit suruh beli Porche. Dia tatak tau ka ini hari, hari Ahad. Mana kedai bukak?”.

Si Leman balas balik, “Hehe.. bos aku laaagi bodoh. Ada ke dia suruh aku check dia ada kat rumah ke tak. Dia ada henset, call je laa rumah kalau nak tau sangat. Bengap betul”.

—————————–

Gunung Hajat

Gunung Hajat

Terdapat sebuah gunung yg digelar ‘Gunung Hajat’ di mana sesiapa yg terjun dari gunung itu lalu meminta sesuatu hajat, maka ia akan termakbul. 3 org pemuda telah sedaya upaya memanjat gunung itu dan akhirnya mereka sampai ke puncak.

Pemuda pertama hendak menjadi seekor burung. Maka dia terjun dan menjeritkan permintaannya dan Kapushh… dia telah menjadi seekor burung.

Pemuda kedua bagaikan tidak percaya sahaja dgn apa yg dilihatnya. Dia terus terjun dan menjerit, “Aku nak jadi superman!!!”. Sudah tentu, permintaannya juga dimakbulkan dan dia sempat berkata kepada pemuda ketiga, “Kenapa… tak percaya aa??”

Pemuda ketiga pun dah naik jeles dgn pemuda kedua tadi. Dia mengambil lajak beberapa tapak ke belakang dan telah memasang niat utk menjadi pesawat Stealh utk mancabar pemuda kedua. Dia pun berlari, akan tetapi dia telah tersepak seketul batu di pinggir tebing lalu melatah, “Mak nenek…”, dan terus jatuh ke bawah.

—————————–

Tepon

Tepon

Ini cerita pasal seorang pemuda yang baru membukak satu pejabat baru… al-maklumlah loan baru lulus kat bank dan hati meluap luap nak bukak business…tak tahu lah business apa…

Pejabat dia tu tak laaa banyak sangat barangan pejabat yang diisinya…ada laa 3 biji meja dan kerusi tiap satu… almarinya..stationerynya la…tong sampahnya la… dan yang patut patut kena isi kat pejabat dan especially talipon…!! Dia ni boss kat pejabat tu…

Selepas mengemas bilik pejabat, dia pon releks laaa kat dalam opis dia tu…ye laaa…boss lah katakan?!! Mula lah berangan tu……berangan ni…!!

Tiba tiba pintu pejabat diketuk dari luar…”ah!!…mesti pelanggan datang ni…” lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu tu masuk… masa tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar – juta2x…pura pura kat depan orang yang datang tadi…orang yang datang tadi hanya:duduk diam tak kata apa apa… Bila dah puas cakap sampailah masa dia letak talipon tu…lalu dia pon kata kat pelanggan yang masuk tadi…

“errr!…maaflah… sibuk sikit…maklumlah projek tu…projek ni….tak boleh nak biar…kena arrange appointment dengan client…so…boleh saya bantu??” Dengan selamba pelanggan itu kata…

“Err…encik…saya ni dari Syarikat Telekom… datang nak sambung talian talipon…!!”

—————————–

Ok la..stakat itu shja..len kali jumpa lagi…hehehe

yg penat,

-khairil- 🙂

April Yang Bodoh???

•31/03/2010 • 8 Comments

Bodohkah April itu?? huhu

Assalamualaikum…

Pagi tdi ada test PHYS 307..soklan2 yg ditnya mmg blh membunuh org..huhu..lagi susah dri taun lepas..tapi xpe la..aku redha je la..redha dlm kesedihan..wah ayat..hahaha…mlm ni lak nk kena pulun buat esaimen Differential Equations yg super duper susah..mati la aku cmni..sib baik ada Pali dlm kelas tu jugak. so leh la kongsi2 jwpan n berbincang sok..

Dlm masa yg sibuk ni tetiba aku terbaca lak artikel psl “April Fools Day” yg akn “diraikan” pada sok hari..yakni 1April…klo kt mlysia, mst ada ramai je kawan2 yg akn kenakan org len sok..semuanya semata-mata satu tarikh “keramat”..1 April..

Namun, tahukah kita bhwa perayaan “April Fools Day” ni ada kaitan dgn sejarah penipuan, pembunuhan dan jugak pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yg sememangnya terkenal dgn keupayaan menipu??? So dlm post kali ni aku nk kongsi artikel yg dipetik dri laman web http://www.eramuslim.com yg asalnya disalin kembali sebahagiannya dari buku ‘Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?’(Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)…so jom la layan bersama-sama.. aku xpsti ttg kesahihan crita ni..tpi insyaAllah betul la kot..klo ada yg rasa crita ni salah n ada crita yg sebenar, sila la gtau ok..tenkiu..=)

Sejarah April Fool

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April Fools Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islamik. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berusaha membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan! demikian pujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak boleh merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; Umat Islam banyak yang merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut.

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa The April Fool Day itu dipopularkan dengan ritual yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

Sumber: http://www.eramuslim.com

———————————–

Wallahu’alam…sekali aku nk ckp bhawa aku sendri pn xtau kesahihan cerita ni..tapi apa salahnya kita berwaspada dan stop dri buat keja2 xbaik mcm kenakn org pada April Fool ni..klo mmg dh kaki sakat, sakat ja la..xyah la nk tgu April Fool Day utk sakat org or pulun menyakat pada 1 April semata-mata seronok leh ckp “April Fool” lepas tu..hahaha

so klo ada yg tau cerita sebnar atau info len, gtau la yer..ok la..nk smbung buat esaimen…

salam..

ikhlas dri budak yg bz dgn esaimen:

-khairil-

semangat x aku study??? hahaha

Dipukul Bapa Kerana Mahu Bertudung!!

•24/03/2010 • 5 Comments

Perjalanan Manusia..KLIK GAMBAR UTK SAIZ BESORRR

Assalamualaikum w.b.t…

ari ni aku amat bz sbb ada esaimen nk kena hntr sok pagi..tapi xsiap pn lagi. dh la bru balik keje nih..nk wt cmne..klo xkeje, sape la nk tggung anak bini aku kt umah…huhu..

dlm suasana kepenatan ni, aku mls nk buat esaimen lagi..so update la blog kejap..saje suka2…kali ni aku nk cite pasal stu cite yg hampir benar (cmne tu??)…cite berkaitan dengan seorang hamba Allah yg kesedihan DIPUKUL AYAHNYA KERANA SEMATA-MATA MAHU MEMAKAI TUDUNG…ish2….biasa la umat akhir zaman…aku jumpa dlm tenet..so layan je la ek…

———————————-

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku…huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinangan. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat… =(

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi…Perut lak lapar…klo la ada sesape nak bawak makanan masuk dalam bilik aku..huhu

Aku gagahkan diri, bangun capai tuala dan terus masuk ke bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin… Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung.

Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi aku pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah…Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!! sesat semuanya!!!

Aku turun ke bawah. Baru jer nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jer pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, “Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!!!”

Bapak aku terus jegil mata sebesar-besarnya. Time tu rasa macam ada api keluar dari mata daddy aku..

Panggggggggggggggggggg. ..!!! Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa..adeh..

“Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh….sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak….”

Pangggggggggggggggggggg….! daddy aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap…tersepok sekali lagi atas sofa..

“Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh “Razali”, tup tup lekat jadi ZAZA ja! Mai mana nama tu, aku pon xtau! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak! BODO!”.

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak…

Ngeh ngeh ngeh..ini la cite dari diari seorang lembut rupanya…hampagas!..haha

—————————————–

tu ja la..haha..aku bosan sebenarnya..so aku update la mende2 cmni..haha..tapi klo pikir2 balik n dengan pemerhatian aku zaman sekarang ni, mmg ramai sungguh laki yg “girl girl”..xtau la apa yg diorang nk..ada tu mmg sejak azali cm lembut skit..ada tu yg nmpk mcm sengaja nk jadi lembut..sape la yg salah dlm hal ni???? xkn nk kata tuhan yg salah kot cipta golongan cmni?? ke salah dri sendri yg xmau berubah ke arah yg lebih baik???

mmg la org akn argue ckp ada je org dri golongan ni yg baik, xtggal semayang dan segalanya..tu betul..tapi apa salahnya klo golongan2 cmni cari cara cmne nk buatkn diri tu xnmpk lembut n org x mengata di belakang..igt.. dimana ada kemahuan disitu ada jalan! Allah pn dh sebut dlm Al-Quran;

“…Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri….”[Ar-Ra’d,13:11]

sememangnya cite kt atas ni gurauan semata-mata..tapi xmustahil benda ni akan terjadi klo kita xmenyokong golongan ni berubah n golongan ni sendri pn xde keinginan utk berubah..aku sendri pn penah tgk seorang lelaki kt negeri aku, perlis (kampung ja pn perlis..tapi hebat jugak maknyahnya..) dri ala-ala lembut smpai lama kelamaan pakai skirt n last skali pakai tudung wardina..mantap tuh..tutup aurat…dh mcm….xtau la nk ckp..Astaghfirullah Hal’Azim…

sori la klo ada yg baca n terasa dgn post aku ni..saje nk bergurau n mengingatkn skit2…

apa2 pn, sebelum aku blah, meh kita tgk gmbr kt atas tu…ni la perjalanan manusia dri di dunia sampai diakhirat…agak2, kt mana la kita ek dlm carta ni?? mari la kita layan…KLIK GAMBAR utk tatapan lebih besar n mudah baca…

salam..

yg sedang bosan membuat esaimen,

khairil