[..Koleksi..]
Hari ni sgt letih..letih bekerja dan mcm2 lgi..bila letih, hati pn letih, mls nk study, mls nk mkn (mkn jugak sebenarnya), mls nk mndi..dan segala jenis mls pn ada…
tetiba teringat kt blog ni..dh lama xupdate..tpi xtau nk update apa..tpi nk update jugak..cmne nihh????…last2 aku decide nk update gak..nk letak koleksi citer2 lawak yg aku penah bca n aku simpan…utk post kali ni, aku letak 5 citer dh la..ada yg lawak, ada yg bangang..jadi layan je la..rasa cm bosan, xyah baca..hahaha..
—————————–
Jom Terjun!!
Dalam satu kejadian yg agak susah nak diterima akal, iaitu sebuah kapal terbang telah mengalami kerosakan enjin dan sedang menjunam hendak terhempas, terdapat 5 org penumpang di dalamnya tetapi beg parachute kecemasan hanya ada 4.
Berkata laa penumpang pertama, “Aku Lee Chong Wei. Malaysia perlukan aku. Kalau aku tadak, mcm mana nanti Malaysia nak menang All England lagi?”. Lalu dia mengambil beg pertama dan terus terjun.
Penumpang kedua pulak berkata, “Aku Hillary Clinton, bekas wanita pertama US. Aku seorang yg paling bercita2 tinggi dan aku juga senator New York. Aku juga berpotensi nak jadi seorang President”. Dia pula mengambil satu beg dan terus terjun.
Penumpang ketiga menyampuk, “Ahh… aku President US! George W. Bush. Aku ada tanggungjawab yg berat untuk menjaga sebuah negara yg kuat. Tambahan pula, akulah President yg terpandai dlm sejarah US. Org Amerika mana yg hendak melihat aku mati?”. Dia terus menyentap satu beg dan terus terjun.
Penumpang keempat, Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun, “Saya seorang Muslim dan saya berserah kpd Allah utk menentukan hidup dan mati saya. Adik ambillah beg parachute yg terakhir tu”.
Budak 10 tahun itu menjawap, “Jgn bimbang. Ada satu lagi beg parachute utk pakcik. President terpandai dalam sejarah US tu terambil beg sekolah saya!!!”.
—————————–
Deduksi
Jiran 1 : Wahh… baru pindah ke?
Jiran baru : Ah… ya. Saya baru pindah ke sini. Cantik ye kat sini.
Jiran 1 : Encik ni kerja apa?
Jiran baru : Oh… saya ni seorang professor di universiti. Saya mengajar Matametik dan Logik pasal deduksi.
Jiran 1 : Deduksi? Apakebendenye tu?
Jiran baru : OK. Mcm ni. Saya bagi satu contoh. Saya nampak ada rumah anjing kat belakang rumah encik. Dengan itu, saya dapat rumuskan yg encik ni bela anjing.
Jiran 1 : Ya, betul.
Jiran baru : Fakta tadi membawa saya merumuskan yg encik ini berkeluarga.
Jiran 1 : Huh… betul lagi.
Jiran baru : Dan fakta yg encik ni berkeluarga membolehkan saya merumuskan yg encik ini beristeri.
Jiran 1 : Tepat sekali.
Jiran baru: Itulah deduksi.
Petang itu…
Jiran 1 : Saya baru je bersembang dgn jiran sebelah… baru pindah.
Jiran 2 : Ooo… dia kerja apa?
Jiran 1 : Dia ni seorang professor, mengajar deduksi.
Jiran 2 : Apa tu??
Jiran 1 : OK, saya bagi contoh. Awak ada anjing kat rumah?
Jiran 2 : Tak.
Jiran 1 : Aishehman…
—————————–
Bodoh
Dua org bos besar sedang lepak2 sambil minum kopi di Coffee Bean. Bos sorang ni berkata, “Hey, awak nak tahu, saya punya driver punya laa bodoh. Kalau tak percaya, sekejap saya panggil dia”. Dia memanggil driver dia dan berkata,”Ah Beng… awak amik ini RM10, pergi kat showroom dan belikan saya Porche 911 Turbo”. Ah Beng jawab,”Yes sir! Orait!!” dan terus bergegas ke showroom kereta.
Bos yg satu lagi pulak berkata,”Ohh.. tu ok lagi. Saya punya driver lagi bodoh. Leman!, meh sini kejap!!”. Leman berlari ke bosnya. “Apahal tuan?”.
Bosnya berkata, “Awak pegi balik rumah, check sama ada saya ada di rumah atau tidak”. Leman jawab, “Orait tuan!!”, lalu bergegas balik ke rumah bosnya. Bosnya berkata kpd bos satu lagi, “Tengok! Si Leman ni mmg bengap nak mampos. Dah tau saya kat sini, takkan laa dia tak boleh fikir yg saya ni ada di rumah ke tidak. Hahaha…”.
Petang itu, bertemu laa dua org driver tadi. Si Ah Beng berkata,”Lu tau ka, gua punya bos aa… maaaaanyak bodoh laa. Dia kasi sama gua sepuluh ringgit suruh beli Porche. Dia tatak tau ka ini hari, hari Ahad. Mana kedai bukak?”.
Si Leman balas balik, “Hehe.. bos aku laaagi bodoh. Ada ke dia suruh aku check dia ada kat rumah ke tak. Dia ada henset, call je laa rumah kalau nak tau sangat. Bengap betul”.
—————————–
Gunung Hajat
Terdapat sebuah gunung yg digelar ‘Gunung Hajat’ di mana sesiapa yg terjun dari gunung itu lalu meminta sesuatu hajat, maka ia akan termakbul. 3 org pemuda telah sedaya upaya memanjat gunung itu dan akhirnya mereka sampai ke puncak.
Pemuda pertama hendak menjadi seekor burung. Maka dia terjun dan menjeritkan permintaannya dan Kapushh… dia telah menjadi seekor burung.
Pemuda kedua bagaikan tidak percaya sahaja dgn apa yg dilihatnya. Dia terus terjun dan menjerit, “Aku nak jadi superman!!!”. Sudah tentu, permintaannya juga dimakbulkan dan dia sempat berkata kepada pemuda ketiga, “Kenapa… tak percaya aa??”
Pemuda ketiga pun dah naik jeles dgn pemuda kedua tadi. Dia mengambil lajak beberapa tapak ke belakang dan telah memasang niat utk menjadi pesawat Stealh utk mancabar pemuda kedua. Dia pun berlari, akan tetapi dia telah tersepak seketul batu di pinggir tebing lalu melatah, “Mak nenek…”, dan terus jatuh ke bawah.
—————————–
Tepon
Ini cerita pasal seorang pemuda yang baru membukak satu pejabat baru… al-maklumlah loan baru lulus kat bank dan hati meluap luap nak bukak business…tak tahu lah business apa…
Pejabat dia tu tak laaa banyak sangat barangan pejabat yang diisinya…ada laa 3 biji meja dan kerusi tiap satu… almarinya..stationerynya la…tong sampahnya la… dan yang patut patut kena isi kat pejabat dan especially talipon…!! Dia ni boss kat pejabat tu…
Selepas mengemas bilik pejabat, dia pon releks laaa kat dalam opis dia tu…ye laaa…boss lah katakan?!! Mula lah berangan tu……berangan ni…!!
Tiba tiba pintu pejabat diketuk dari luar…”ah!!…mesti pelanggan datang ni…” lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu tu masuk… masa tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar – juta2x…pura pura kat depan orang yang datang tadi…orang yang datang tadi hanya:duduk diam tak kata apa apa… Bila dah puas cakap sampailah masa dia letak talipon tu…lalu dia pon kata kat pelanggan yang masuk tadi…
“errr!…maaflah… sibuk sikit…maklumlah projek tu…projek ni….tak boleh nak biar…kena arrange appointment dengan client…so…boleh saya bantu??” Dengan selamba pelanggan itu kata…
“Err…encik…saya ni dari Syarikat Telekom… datang nak sambung talian talipon…!!”
—————————–
Ok la..stakat itu shja..len kali jumpa lagi…hehehe
yg penat,
-khairil-







hahhahahhahaha:D gelak guleng2,lap baring 360 drjah and jaitan appendixku terbukak!!lwk tol citer2 ko,uat lagi K!:D thanx K for da sharing^_^
haha..ko ni mmg penglipurlara la kay..thank you for sharing..