Status ARNOTT’s..

Halal

ARNOTT's...HALAL???

Assalamualaikum w.b.t..

Bismillahirrahmanirrahim…dengan nama Allah yg maha penyayang lagi maha mengasihani, aku nk tulis pasal status biskut2 arnott’s yg penah aku tulis kt cni dlu..sila refer to this: http://kayhard712.wordpress.com/2009/09/30/arnotts-halal-ke-tidak/

Agak takut nk menulis pasal benda ni..sbb takut apa yg aku kaji, apa yg aku cari bukan la yg terbaek..dan mungkin juga kajian aku ni tak betul..jadinya, pada sesiapa saja yg baca post ni n rasa cm ada yg salah dlm post ni, sila la tegur secara segera…hal makanan adalah salah satu hal yg pling penting dlm kehidupan manusia..dri makanan akan jadi darah daging kita dan seterusnya memberi kesan dlm kehidupan dan ibadah seharian..jadi mari lah kita sama2 memperbetulkn pemilihan makanan kita..sebelum aku mulakan pasal arnott’s ni, mari kita baca cerita ni…

Ketika Saidina Abu Bakar menjadi khalifah, pernah berlaku satu peristiwa terhadap dirinya yang menunjukkan beliau sangat bertegas terhadap sumber rezeki diperoleh dan menjadi darah daging.

Suatu hari, ketika Saidina Abu Bakar memakan suatu makanan, hambanya memberitahu makanan yang dimakannya itu adalah hasil diterimanya daripada pekerjaannya sebagai tukang tilik, sebelum dia masuk Islam.

Lantas Saidina Abu Bakar mengeluarkan semua makanan dari mulut dan perutnya seberapa yang boleh hinggakan memuntahkan semua makanan yang dimakannya, lalu beliau ditegur. Saidina Abu Bakar berkata dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram pasti akan merasai api neraka.”

Oleh kerana itu aku memaksa makanan itu keluar, takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku…

Dalam hal arnott’s ni, pihak Arnott’s sendiri mengaku telah menggunakan essence vanilla, dan dlm essence vanilla lak ada alkohol..so cmne tu???? Blh ke mkn biskut tu???jwapan nya…..

So utk mendapatkn jwapan bgi soalan2 tu, aku dh try contact JAKIM, Ust Asri bekas mufti perlis tu, kwn2 aku yg amik bidang ni di Malaysia dan sebagainya..dan dari yg byk2 tu, cuma dua ja yg menjawab soalan aku..sorang tu one of my best friends masa kt skolah dlu..dia sekarang tgh amik bidang syariah di salah satu universiti di Malaysia..aku mintak dia tnya ustaz n ustazah dia..

Dari pandangan ustaz n ustazah kawan aku tu, dpt aku kata yg biskut Arnott’s ni HALAL.. hujahnya cmni, apabila alkohol yg memabukkn dh diproses sehingga dh tak memabukkn dan sifat2 alkohol tu pn dh berubah, maka ianya dh xharam..contoh terbaik adalah cuka..cuka diperbuat dripada air perahan buah yg diperam n asalnya air ni memabukkn..selepas melalui beberapa proses, air perahan tu dh bertukar menjadi cuka dan cuka dh xmemabukkan..so jadinya, air perahan tu haram, tapi cuka tu halal…so jelas la dlm kes biskut arnott’s ni, diorang guna essence vanilla n essence vanilla dihasilkan dri alkohol…alkohol tu haram, tapi setelah di extract maka dpt la vanilla essence n then digunakn dlm biskut arnott’s..jadinya, walaupon alkohol tu haram kerana memabukkan, tapi biskut arnott’s tu adalah HALAL..wallahu’alam…semoga Allah bersama kita, umat yg mencari keredhaanNya…insyaAllah…

pihak kedua yg menjawab soalan aku adalah seorang senior aku masa kt skolah dlu..skrang ni dia adalah seorang Halal Consultant..dlm perbincangan aku dgn dia, dia ada ckp psl kajian yg dibuat oleh IPPH (sorry la..aku lupa lak nk tnya apa nama penuh IPPH tu..huhu)..kajian tu berkaitan dgn kordial minuman tu..dlm kes kordial minuman tu, dia guna color yg juga di extract dri alkohol..so lebih kurang sama la dgn kes arnott’s ni yg pakai essence vanilla extracted from alcohol..dlm kajian tu, berdasarkn the alcohol concentration dlm color tu, IPPH telah menetapkn bahawa kordial tu HARAM sekiranya 500 gelas diminum oleh seorang lelaki dewasa pada satu masa…mksudnya, klo seorang lelaki normal dewasa minum kordial minumam sebanyak 500 gelas dlm satu msa, maka hukum kordial tu haram kerana bila dh smpai 500 gelas tu, tahap alkohol dlm color tu dh smpai ke satu tahap yg sudah memabukkan dan memudaratkan..

similarly to biskut arnott’s..ianya halal..alhamdulillah..tapi jgn la mkn dgn terlalu byk sehingga sampai tahap memabukkan..klo ditelan 100 paket sehari (klo ada yg mmpu telan byk ni, diminta supaya diikat dri pada tiang..byk gile makan..huhu), insyaAllah mabuk kot..so bila smpai tahap ni, maka Haram la biskut tu…belum ada kajian pasal arnott’s..so maximum pengambilannya belum la ditentukan..so makan la berpada-pada..  

so kesimpulan dri masalah ni, sya dgn bebesar ati nk ckp, biskut Arnott’s ni HALAL utk kita..insyaAllah..semoga Allah bersama kita…

tapi, jgn pulak sama kan mslh ni dgn mslh mknan yg ada bhan babi didalamnya..klo babi tu, cmne keadaan skali pn, tetap haram..sikit pn haram, byk pn haram..wallahu’alam..

“Dari Abi Hurairah berkata: Nabi SAW bersabda: Akan ada suatu zaman pada umat manusia yang seseorang itu tidak lagi mempedulikan apa yang diambilnya (rezeki yang diterima olehnya) apakah dari yang halal atau haram.”

semoga kita semua tak tergolong dlm golongan org yg xkesah halal haram tu..insyaAllah..

ok la..sekadar itu..komen la apa yg patut klo rasa ada salah silap dlm post kali ni..tenkiu,

yg ikhlas dan still dlm keadaan cikenpox..huhu

khairil sahidan.. :-)

~ by team GIGI on 16/11/2009.

11 Responses to “Status ARNOTT’s..”

  1. sebagai tambahan, diperolehi dri laman web JAKIM:

    Alkohol diharuskan penggunaannya dalam dua keadaan iaitu

    i) Alkohol yang terjadi dari proses pemeraman (makanan halal seperti tapai , air tuak dan lain-lain), penggunaannya tidak boleh sampai ke peringkat mabuk kerana benda yang memabukkan adalah haram.

    ii) Alkohol yang terdapat dalam perasa( flavour) dalam kuantiti yang sedikit iaitu tidak memabukkan adalah harus.

    Alkohol yang terjadi dari proses bahan ( seperti anggur) tujuan arak maka selama-lamanya haram dan tidak boleh dimasukkan dalam pengunaan makanan

    Wallahu’alam :-)

  2. kay mau biskut arnott’s kay?aritu ak melawat ko tak bwk pape pon..huahuahua

  3. haa..igtkan ak eh..kang ak gi takat men gem n kalahkan ko je tak bes ah :P

  4. thumbs up kay! Alhamdulillah dh selesai satu permasalahan umat ;)

  5. alhamdulillah..settle (^_^) last week ustaz saya pun ade mengajar pasal cuka tu :) sangat sama dengan penjelasan yang cikgu tulis kat atas tu

  6. salam..thanks for the info.

    “No one is useless in this world who lightens the burdens of another”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.